Saturday, August 22, 2009
Sejarah Sekolah
Sekolah ini diasaskan pada 1377h (1957m). Sekolah ini juga adalah Sekolah Inggeris pertama di Daerah Kubang Pasu. Pada ketika itu, DTMM Sultan Abdul Halim Muadzam Shah telah memegang jawatan Bendahara Kedah. Maka dengan itu, nama sekolah ini diambil sempana dengan jawatan baginda pada ketika itu. Pada awal penubuhan, sekolah ini mempunyai dua aliran iaitu aliran Inggeris dan aliran Melayu. Ketika ini hanya aliran Melayu dan dikenali Sekolah Kebangsaan Tunku Bendahara. Selain itu, sekolah ini juga dikenali sebagai Sekolah Rendah Bukit Rawa. Sekolah ini berpindah 1/2 KM dari tempat asalnya ke tempat sekarang pada Ogos 1983. Sekolah Kebangsaan Tunku Bendahara telah dirasmikan pada 2 April 1987 oleh YAB Dato' Sri Dr Mahathir Mohammad iaitu Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu.
Sunday, August 9, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)